السلام عليكم

إِنَّمَا يَعۡمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّڪَوٰةَ وَلَمۡ يَخۡشَ إِلَّا ٱللَّهَۖ فَعَسَىٰٓ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُهۡتَدِينَ (١٨)


Ahlan Wa Sahlan. Blog ini dibina dengan tujuan menjadikan nya salah satu alat bagi penyebaran maklumat kepada ahli kariah Masjid Terentang,Kuala Pilah,Negeri Sembilan. Pengendali blog ini masih lagi dalam peringkat membina dan menambah baik juga mencari sumber maklumat. Ini membolehkan blog ini memberi pelbagai maklumat dikalangan anak-anak kariah juga maklumat berkaitan kegiatan umat Islam di Malaysia dan antarabangsa.Sebarang kekurangan harap dapat dimaafkan. Walaubagaimana pun, sumbangan saya yang sedikit ini diharap akan dapat dimanfaatkan oleh semua, terutama mereka yang berasal dari Kampong Masjid Terentang dan sekitarnya.


Sunday, March 20, 2011

Sejarah Masjid Qariah Kampong Terentang

Masjid Qariah Kampong Terentang, yang terletak dimukim Ulu Jempol tidak terkecuali dari laluan sejarahnya. Tidak diketahui secara tepat bermulanya terdiri Masjid Qariah Kampong Terentang. Apa yang masih saya ingat ditapak yang sama ini, dulunya terdiri sebuah masjid yang dibina dari kayu yang boleh dianggap besar juga. Itu pada tahun 50'an dimana masjid lama ini kalau tidak silap dibina tanpa paku yang hanya mengunakan pasak dan gelegar yang semuanya dari kayu. Penuh dengan ukiran dalam pelbagai motif dan corak awan larat yang tinggi nilai seninya. Papan tabir air yang diukir begitu indah dengan kesenian melayu juga papan pintu kembong yang bermotif bunga kangkung yang sangat cantik. Masjid lama yang bertiang pecah enam yang sungguh unik dengan seni ukiran yang tidak kita dapati pada masa sekarang.
Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dengan pembangunan yang kian bertambah banyak masjid lama dimerata tanah air diganti dengan masjid yang dibina dari bahan binaan batu bata. Jadi Masjid Qariah Kampong Terentang juga mengalami perubahan menurut zaman yang semakin membangun. Bangunan asal yang diperbuat dari kayu dibuka dan hampir semua bahagiannya dipindahkan ke-Pekan Kecil Padang Lebar untuk dijadikan surau. Saya masih ingat lagi bagaimanan kerjasama erat dan muafakat antara penduduk kampong memindahkan bahan bagunan yang telah dirobohkan dipindahkan ke- Pekan Kecil Padang Lebar dengan hanya berbasikal dan ada pula yang hanya memikulnya sahaja sejauh hampir 2 kilometer. Kini kepada sesiapa yang ingin melihat bekas bahan binaan kayu Masjid Qariah Kampong Terentang bolehlah melihatnya dipekan Padang Lebar. Surau ini terletak berhampiran rumah raayat Padang Lebar yang juga berhampiran Kelinik Kesihatan. 
Bangunan Masjid yang ada sekarang mula dibangunkan sebaik sahaja bangunan lama dirobohkan pada tahun 1968 kalau tak silap saya.

Masjid Qariah Kampong Terentang terletak di kawasan Kampong Masjid Terentang,lebih kurang 3.5 kilometer dari Pekan Batu Kikir dan 2 Kilometer dari Pekan Kecil Padang Lebar. Masjid ini menjadi tempat berjemaah semua penduduk-penduduk sekitar seperti Kampong Terentang,Kampong Masjid Terentang, Kampong Seberang Batu Hampar, Kampong Sri Melenggang, Kampong Solok dan lain2nya.






Gambar-Gambar Pembangunan Masjid Qariah Kampong Terentang


Masjid Qariah Kampong Terentang, telah melalui perubahan dari bentuk binaan masijd juga pasarana-pasarana dari tahun ke -tahun. Pemandangan Masjid Qariah Kampong Terentang sekitar tahun 2008.





Kawasan Masjid yang telah pun dipagar dengan tembok binaan batu. Sumbangan dari anak qariah yang amat dihargai,semoga Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Ia dibina pada tahun 2009



Masjid Qariah Kampong Terentang kini telah pun mempunyai Menara baru setelah sekian lama tidak mempunyai menara seperti masjid-masjid lain. Menara ini dibina sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan . Didirikan pada tahun 2010.

Juga sebuah waqaf yang bina, berhampiran pintu masuk utama Masjid. Dibina pada penghujung 2010.

No comments:

Post a Comment